Bahagian Teknologi Pembuatan

Bahagian Teknologi Pembuatan merupakan salah satu bahagian teknologi yang terdapat di ADTEC Jerantut. Penubuhan bahagian ini merupakan inisiatif bagi tujuan melahirkan graduan-graduan yang berketerampilan dalam bidang pembuatan CADCAM bagi memenuhi kehendak pasaran industri negara. Jabatan ini menawarkan kursus-kursus jangka panjang dan jangka pendek melibatkan pembelajaran teori dan amali dalam cabang-cabang ilmu rekabentuk kejuruteraan, pengendalian dan pengurusan peralatan serta sistem pembuatan dengan penekanan terhadap proses pemesinan. Para pelajar akan didedahkan dengan penggunaan mesin dan peralatan yang merangkumi peralatan mesin konvensional termasuk mesin larik, kisar dan canai serta peralatan mesin CNC termasuk CNC Milling Centre, CNC Turning Centre, CNC EDM dan CNC Grinding. Disamping itu juga, para pelajar akan turut diajar penggunaan perisian-perisian kejuruteraan bagi tujuan aplikasi CADCAM serta pendedahan dalam bidang rekabentuk merangkumi penggunaan kaedah permodelan termasuk penggunaan peralatan RP ( rapid prototyping ) dan sebagainya. Kursus yang ditawarkan juga turut merangkumi modul-modul penyeliaan dan pengurusan bagi melengkapkan para pelajar agar dapat bersaing dalam pasaran pekerjaan.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

  •  Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
  •  Diploma Teknologi Pembuatan



KETUA BAHAGIAN 
Encik Noor Faizulnizam Bin Jaafar

HUBUNGI KAMI
__________________________________
Jabatan Mekanikal Pembuatan
ADTEC Jerantut
KM 9 Jalan Jerantut-Temerloh
27000 Jerantut Pahang

Tel No : +(60)9-266 3391
Fax No: +(60)9-266 2490
E-mail :   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.