BAHAGIAN TEKNOLOGI REKABENTUK & INDUSTRI

Para pelajar yang mengikuti kursus ini akan diajar kaedah rekabentuk untuk menghasilkan produk yang merangkumi produk industri, perabot dan transport. Di mana proses pembelajarannya bermula dari kaedah penghasilan idea, kemudian dilakarkan dalam bentuk lukisan bebas samada secara manual atau digital. Dari lukisan bebas ini pula, para pelajar akan diajar secara sistematik bagaimana untuk memindahkan lakaran tersebut kepada lukisan kejuruteraan dengan menggunakan perisian CAD, CAID dan CAM. Seterusnya dari lukisan rekabentuk kejuruteraan ini pula, para pelajar akan diajar untuk membuat model atau prototaip menggunakan teknik-teknik asas seperti menggunakan foam, kayu dan acrylic. Para pelajar juga akan diajar dengan teknik lanjutan pembuatan model iaitu menggunakan clay, gentian kaca (fiber glass) dan dikemaskan dengan teknik semburan angin (airbrush). Selain daripada itu, para pelajar juga akan diajar untuk menghasilkan model dengan teknik pembuatan deras atau lebih dikenali sebagai Rapid Prototyping (RP).

 

PROGRAM YANG DITAWARKAN

  • Diploma Teknologi Kejuruteran Rekabentuk Produk Industri
  • Diploma Teknologi Rekabentuk Produk Industri




KETUA BAHAGIAN
Norsyahidatul Farah Binti Nanyan

HUBUNGI KAMI
__________________________________
Jabatan Teknologi Rekabentuk Produk Industri
ADTEC Jerantut
KM 9 Jalan Jerantut-Temerloh
27000 Jerantut Pahang

Tel No : +(60)9-266 3391
Fax No: +(60)9-266 2490
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.