PENGAMBILAN PELAJAR
Permohonan kemasukan pelajar dibuat 2 kali setahun secara dalam talian :
- Sila layari laman web rasmi Jabatan Tenaga Manusia di http://www.jtm.gov.my untuk permohonan; atau
- Sesi kemasukan Julai sila layari laman web Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di http://www.upu.mohe.gov.my; atau
- Sila isi permohonan melalui google form Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan ADTEC Jerantut di link https://rb.gy/l2s71
Iklan untuk permohonan kemasukan akan dikeluarkan pada bulan September untuk kemasukan bulan Januari dan bulan Mac untuk kemasukan bulan Julai
- Permohonan kemasukan bagi bidang Sijil Ujian Tanpa Musnah (NDT) diadakan 3 kali setahun iaitu pada bulan Januari, Julai dan Oktober. Permohonan melalui link https://rb.gy/l2s71
KELAYAKAN MASUK
Syarat Am Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 17 hingga 35 tahun
- Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan
- Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran
Lepasan SKM
- Memenuhi syarat am kemasukan (seperti diatas)
- Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 mengikut bidang yang ditawarkan
Lepasan SPM
- Memenuhi syarat am kemasukan (seperti diatas)
- Memiliki SPM dengan:
- Lulus Matematik / Matematik Tambahan
- Bahasa Melayu
- Lulus Satu (1) subjek lain
Bidang Sijil Ujian Tanpa Musnah (NDT)
- Memenuhi syarat am kemasukan (seperti diatas)
- Memiliki SPM, SKM, Diploma Ijazah dan lain-lain *Keutamaan kepada lepasan SKM, Diploma Ijazah dan lain-lain
TEMPOH LATIHAN
- 3 tahun - pelajar berkelulusan SPM
- 1 tahun 6 bulan - pelajar berkelulusan Sijil SKM Tahap 3
- 20 bulan - Pelajar bidang Teknologi Kimpalan dan Sijil Ujian Tanpa Musnah (NDT)
- 6 bulan - Pelajar bidang Sijil Ujian Tanpa Musnah (NDT)
KURSUS SEPENUH MASA YANG DITAWARKAN
|
Diploma Teknologi Kimpalan |
|
Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) |
|
Diploma Teknologi Polimer (Plastik) |
|
Diploma Teknologi Rekabentuk Produk Industri |
|
Diploma Teknologi Kimpalan dan Sijil Ujian Tanpa Musnah |
|
Sijil Ujian Tanpa Musnah (NDT) |
PINJAMAN LATIHAN
Pinjaman latihan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kepada pelajar yang layak
YURAN
1 semester – RM1808
- Yuran Pengajian RM 1500
- Yuran asrama RM 308
PINJAMAN LATIHAN
Pinjaman latihan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kepada pelajar yang layak
YURAN
1 semester - (a) Yuran latihan RM 1500 (b) Yuran asrama RM 308
KAEDAH BAYARAN
1. Tunai (perlu dijelaskan selewat-lewatnya 2 bulan awal pendaftaran pelajar)
2. Pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)