Pengenalan

Jabatan Tenaga Manusia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat) berperanan sebagai jabatan yang bertanggungjawab bagi melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan dan permintaan tenaga kerja separuh mahir dan mahir bagi sektor perindustrian negara. Mukim Pulau Tawar Daerah Jerantut telah dipilih sebagai lokasi bagi pembinaan sebuah institut kemahiran yang bakal menyemarakkan kerancakan ekonomi negeri Pahang.

ADTEC Jerantut dibina pada tahun 2007 di atas tapak seluas 60 ekar (24.4 hektar) di Mukim Pulau Tawar, daerah Jerantut Pahang. Institut ini mula beroperasi pada 19 Disember 2011. Ia terletak di Kg. Sri Muda iaitu 10km dari pusat bandar Jerantut.

Di ADTEC Jerantut, kursus kemahiran yang dijalankan adalah diperingkat diploma sahaja iaitu Diploma Teknologi dan Diploma Teknologi Kemahiran. Terdapat 4 bidang utama yang dijalankan di institut ini iaitu Teknologi Kejuruteraan Kimpalan, Teknologi Kejuruteraan Pembuatan, Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk Industri dan Teknologi Kejuruteraan Polimer.

Institut ini menjadi lambang kebanggaan warga kerja, pelajar dan masyarakat sekitarnya dalam meningkatkan kesedaran pentingnya ilmu kemahiran. Dengan kekuatan kakitangan seramai 75 orang, ADTEC Jerantut mampu melatih sehingga 800 orang bakal tenaga mahir negara pada satu-satu masa melalui penawaran 4 kursus sepenuh masa dan lebih 400 orang peserta separuh masa sepanjang tahun bagi memenuhi sektor perindustrian negara selaras dengan hasrat negara mencapai status Negara Maju menjelang Tahun 2020.

Kaunter Pelawat

53218
TodayToday180
YesterdayYesterday203
This WeekThis Week519
This MonthThis Month1525
All DaysAll Days53218