Kem Menggali Bakat,Jelajahi Dunia TVET Siri 1 : SMK Padang Piol Tahun 2025 Dan Majlis Penutupan Kem TVET
Majlis Penutupan Kem TVET yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama ADTEC Jerantut telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah ADTEC Jerantut, Encik Hamdan bin Hashim. ADTEC Jerantut telah menganjurkan Kem TVET 2025 khusus untuk pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Piol pada 14 hingga 15 April 2025. Program ini telah memberi manfaat kepada 57 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring.
Kem ini bertujuan membangunkan potensi pelajar dalam Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), dengan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama yang ditawarkan di ADTEC Jerantut, iaitu Teknologi Rekabentuk Produk Industri, Teknologi Pembuatan (Pemesinan) dan Teknologi Polimer (Plastik).
Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah diberi pendedahan secara langsung melalui latihan kemahiran di bengkel-bengkel berkaitan, sekali gus meningkatkan minat dan kefahaman mereka terhadap bidang teknikal.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada warga SMK Padang Piol serta seluruh kakitangan ADTEC Jerantut yang telah bekerjasama menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada pembangunan generasi pelajar berkemahiran tinggi pada masa hadapan.
"ADTEC Jerantut - Peneraju kemahiran TVET di Pahang"
"Empowering Skills, Igniting Futures"
"Memperkasa Kemahiran,Menyemarak Masa Hadapan"
#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers
Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"



