Lawatan Pendidikan Kerjaya SMK Teluk Sentang Dan SMK Kuala Krau

24 JUN 2025 : Lawatan Pendidikan Kerjaya SMK Teluk Sentang Dan SMK Kuala Krau

Kampus Jerantut telah menerima lawatan pendidikan kerjaya daripada para pelajar calon SPM SMK Teluk Sentang dan SMK Kuala Krau dalam usaha mempromosikan laluan pendidikan TVET dan memberi pendedahan awal tentang peluang pengajian selepas SPM.

Kem ini bertujuan membangunkan potensi pelajar dalam Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), dengan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama yang ditawarkan di ADTEC Jerantut, iaitu Teknologi Rekabentuk Produk Industri, Teknologi Pembuatan (Pemesinan) dan Teknologi Polimer (Plastik).

Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang bidang teknikal di Kampus Jerantut. Para pelajar dibawa melawat ke bengkel-bengkel seperti Bengkel Kimpalan, Bengkel Pembuatan, Bengkel Rekabentuk Produk Industri dan Bengkel Polimer

Di bengkel, para pelajar mendengar taklimat daripada pegawai-pegawai setiap bengkel. Pelajar juga berpeluang melihat sendiri peralatan latihan dan projek pelajar yang dihasilkan di kampus.

Diharapkan lawatan ini mampu membuka minda pelajar terhadap potensi besar dalam bidang TVET dan menyemai minat untuk menyambung pengajian di Kampus Jerantut pada masa akan datang.

"ADTEC Jerantut - Peneraju kemahiran TVET di Pahang"

"Empowering Skills, Igniting Futures"
"Memperkasa Kemahiran,Menyemarak Masa Hadapan"

#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers

Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"

Recommended Post

Image
Kemaskini Terakhir: Khamis 26 Jun 2025.

© 2025 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ