Penyerahan Cadangan Cenderamata Sempena Hari Pekerja 2025
Sesi penyerahan cadangan cenderamata sempena Hari Pekerja 2025 telah disempurnakan oleh Tuan Hamdan bin Hashim, Pengarah ADTEC JTM Kampus Jerantut kepada En Ermiza bin Azmi, wakil BPK JTM sebentar tadi.
Cenderamata ini merupakan hasil kerja sekumpulan pelajar dengan bimbingan pengajar pakar Bengkel Teknologi Pembuatan(Pemesinan) telah berganding bahu menghasilkan cenderamata Istimewa ARCA DRONE di bawah pelaksanaan PROJEK KITA JTM. Penghasilan arca berbentuk drone ini dihasilkan menggunakan teknologi CADCAM (Computer-Aided Design and Manufacturing) serta pemesinan CNC (Computer Numerical Control).
Arca drone yang dihasilkan bukan sekadar replika teknologi moden, tetapi sebuah simbol penghargaan terhadap golongan pekerja yang terus bergerak maju seiring perkembangan zaman — cekap, pantas, dan berdaya tahan, seperti fungsi sebenar sebuah drone.
Projek penghasilan arca drone menggunakan CADCAM dan pemesinan CNC ini bukan sahaja menampilkan kecanggihan teknologi, tetapi juga membawa mesej yang kuat – bahawa penghargaan kepada pekerja boleh disampaikan melalui gabungan inovasi, kemahiran dan nilai kemanusiaan. Ia adalah simbol masa depan yang diterajui oleh pendidikan teknikal dan semangat patriotisme. Arca drone sebagai cenderamata bukan sahaja memperlihatkan keupayaan pelajar Teknologi Pembuatan(Pemesinan) dalam menghasilkan karya berteknologi tinggi, tetapi juga membawa makna mendalam — bahawa setiap pekerja adalah 'drone' kehidupan sebenar, yang gigih menjelajah ruang cabaran untuk masa depan negara.
"ADTEC Jerantut - Peneraju kemahiran TVET di Pahang"
"Empowering Skills, Igniting Futures"
"Memperkasa Kemahiran,Menyemarak Masa Hadapan"
#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers
Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"






