Program CSR Wira Kesuma - Bersemuka Dekati Masyarakat

12 APRIL 2025 : Program CSR Wira Kesuma - Bersemuka Dekati Masyarakat

Misi Program Khidmat Sosial (CSR) Wira KESUMA di Kampung Pisang, Jerantut telah pun selesai .

Wira-wira ADTEC Jerantut begitu bersemangat menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang. Dengan bantuan dan kerjasama penduduk Kampung Pisang segalanya berjalan dengan lancar. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran, menukar bumbung rumah yang bocor, menukar kayu bumbung yang reput dan menjalankan aktiviti ramah mesra bersama penduduk di situ.

Acara seperti ini bukan sahaja memberi ruang kepada warga ADTEC Jerantut untuk bersantai dan berbuka bersama, tetapi juga untuk merenung kembali erti kesyukuran dan meningkatkan semangat kekeluargaan dalam kalangan semua.

Terima kasih diucapkan kepada penduduk Kampung Pisang atas kerjasama dan layanan mesra yang diberikan.

Dari Kemahiran ke Khidmat Masyarakat

"Empowering Skills, Igniting Futures"
"Memperkasa Kemahiran,Menyemarak Masa Hadapan"

#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers

Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"

Recommended Post

Image
Kemaskini Terakhir: Selasa 29 April 2025.

© 2025 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ