Program Jelajah Changemaker (TCM) 2025 Di Kampus Jerantut

25 Ogos 2025 : Program Jelajah Changemaker (TCM) 2025 Di Kampus Jerantut

Kampus Jerantut telah menjadi tuan rumah kepada Program Jelajah Changemaker Negeri Pahang yang dianjurkan bersama oleh The Changemaker Malaysia (TCM), sebuah organisasi yang memfokuskan kepada pembangunan agen perubahan (changemakers) dalam kalangan belia Malaysia.

Program ini bertujuan untuk memperkasa peranan anak muda dalam bidang filantropi dan pembangunan sosial melalui penganjuran bengkel latihan berimpak tinggi berteraskan pengetahuan teknologi dan inovasi yang lestari. Seramai 60 orang pelajar telah menyertai program ini, termasuk 20 orang pelajar dari Kampus Jerantut.

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat serta menyemai semangat kepimpinan, inovasi dan tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta. Pihak Kampus Jerantut merakamkan penghargaan kepada pihak The Changemaker Malaysia (TCM) atas penganjuran program ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai agen perubahan yang berdaya saing serta memberi impak positif kepada masyarakat dan negara.

#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers

Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"

Recommended Post

Image
Kemaskini Terakhir: Selasa 26 Ogos 2025.

© 2025 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ