TEKNOLOGI KIMPALAN

PENGENALAN KURSUS

Pendedahan terhadap teori dan amali dalam proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya. Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer.Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja‐kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

 

KELAYAKAN AKADEMIK

  • Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun dan mempunyai kelulusan akademik berikut :
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia-Vokasional (SPMV) atau setaraf dan lulus Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/Subjek Teknikal dan Bahasa Inggeris; serta
  • Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang yang berikut :
  1. A08 – Kimpalan Arka & Gas (Tahap 2)
  2. NOSS H‐024‐2 : Jurukimpal Arka Logam Gas (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat)
  3. NOSS H‐025‐2 : Jurukimpal Arka Tungsten Gas (Keluli karbon & Keluli Tahan Karat & Aluminium)

 

KAEDAH LATIHAN

Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.

 

TEMPOH LATIHAN

Tempoh latihan sepenuh masa minima adalah selama 2 tahun 3 bulan.

 

PERSIJILAN

Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4

 

PELUANG KERJAYA

Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja - kerja struktur pembinaan logam. Selain itu, kerjaya sebagai Pembantu Jurutera Kimpalan di dalam industri pembuatan dan pembinaan logam / Juruteknik dalam loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja‐kerja struktur pembinaan logam di sektor industri juga boleh diceburi.

 

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

 

    

Image
Kemaskini Terakhir: Jumaat 04 Oktober 2024.

© 2024 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ