Kampus Jerantut Sertai Pameran Sempena Majlis Graduan SVM 2025

05 November 2025 : Kampus Jerantut Sertai Pameran Sempena Majlis Graduan SVM 2025

Hari ini Kampus Jerantut telah dijemput menyertai Pameran Sempena Majlis Graduasi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Tahun 2025 yang berlangsung di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan.
Penyertaan ini memberi peluang kepada warga Kampus Jerantut untuk memperkenalkan pelbagai program latihan teknikal dan vokasional yang ditawarkan kepada pelajar serta pengunjung yang hadir.

Sepanjang pameran, pengunjung dapat melihat hasil produk dari pelbagai jabatan Kampus Jerantut, edaran risalah promosi program pengajian dan kemasukan pelajar baharu serta sesi interaksi dan khidmat nasihat mengenai peluang pengajian di ADTEC JTM Kampus Jerantut.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan tahniah kepada semua graduan SVM 2025!emoga usaha kolaborasi seperti ini terus mengukuhkan hubungan antara institusi TVET demi melahirkan tenaga mahir negara.

#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #CSR #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers

Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"

Recommended Post

Image
Kemaskini Terakhir: Khamis 04 Disember 2025.

© 2025 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ