Perhimpunan Bulanan Pelajar Bersama Pengarah & Kakitangan

24 November 2025 : Perhimpunan Bulanan Pelajar Bersama Pengarah & Kakitangan

AADTEC Jerantut telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Pelajar Bil. 6 sesi 2/2025 pada 21 November 2025 yang melibatkan semua pelajar, kakitangan serta barisan pengurusan. Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar pelajar yang dipimpin oleh Wan Khuzairi Arman bin Wan Azman sebagai simbolik komitmen pelajar terhadap disiplin dan integriti sepanjang tempoh pengajian.

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan Presiden MPP Sesi 2/2025, Naufal bin Nor Makarimi, yang menekankan kepentingan kerjasama pelajar dalam menjaga kebajikan dan keharmonian komuniti kampus. Unit BPPL turut menyampaikan taklimat berkenaan yuran pengajian pelajar, termasuk penjelasan mengenai prosedur pembayaran dan kesan lewat menjelaskan yuran yang boleh menjejaskan status pengajian.

Pengarah ADTEC Jerantut kemudiannya menyampaikan ucapan amanat kepada semua pelajar, memberi penekanan kepada budaya kerja yang positif, disiplin sebagai asas kejayaan, serta kepentingan mempersiapkan diri dengan kemahiran yang relevan untuk keperluan industri semasa. Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Inovasi TVET (INNOVET) 2025 Peringkat Negeri Pahang anjuran Kolej Komuniti Jerantut yang berlangsung pada 28 Oktober 2025. Pelajar ADTEC Jerantut dari bidang Teknologi Polimer yang menyertai pertandingan berkenaan diraikan atas usaha dan pencapaian mereka dalam bidang inovasi.

Turut diadakan ialah penyampaian hadiah bagi aktiviti sukan pelajar, sebagai penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan komitmen tinggi dalam kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Semoga perhimpunan ini terus menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara pelajar dan warga kerja serta memotivasikan semua dalam mencapai kecemerlangan.

#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #CSR #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers

Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"

Recommended Post

Image
Kemaskini Terakhir: Khamis 07 Mei 2026.

© 2026 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ