Kunjungan Hormat Dan Perbincangan Kerjasama Program TVET TAHFIZ
ADTEC JTM Kampus Jerantut telah menyertai kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPINT) bersama delegasi TVET TAHFIZ ADTEC JTM yang diketuai oleh Ts. Rostam Bin Hashim, Pengarah Kampus Selandar danEn hamdan Bin Hashim, Pengarah Kampus Jerantut.
YBRS Tn Hj Rosdi Bin Mat Rani Timb. Pengarah (Akademik) mewakili Pengarah JPINT menerima kunjungan delegasi bersama-sama Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Akademik), Pen. Kanan Pengarah Pendidikan Islam Swatsta)Pen. Pengarah (Tahfiz & Tamayyuz) & Pen. Pengarah (Pengajian Umum).
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membingcangkan potensi kerjasama antara pihak ADTEC JTM dan JPINT dalam usaha menggalakkan para huffaz negeri Terengganu untuk meneroka potensi masa depan dalam bidang TVET melalui kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan di ADTEC JTM. Semoga melalui perbincangan ini dapat mengukuhkan lagi usaha melahirkan generasi huffaz teknokrat melalui programTVET Tahfiz di ADTEC JTM seluruh negara.
#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #CSR #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers
Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"




