Sesi Perkongsian Pintar Bersama Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

04 Februari 2026 : Sesi Perkongsian Pintar Bersama Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah mengadakan Taklimat Pendidikan dan Kerjaya kepada pelajar Semester 5 ADTEC JTM Kampus Jerantut yang melibatkan pelajar daripada Bahagian Teknologi Kimpalan, Bahagian Teknologi Polimer, Bahagian Teknologi Pembuatan serta Bahagian Teknologi Rekabentuk Produk Industri.

Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai hala tuju selepas tamat diploma, khususnya peluang melanjutkan pengajian serta program-program yang ditawarkan di UniKL. Pihak UniKL turut berkongsi maklumat berkaitan laluan pengajian, prospek kerjaya, serta penerangan mengenai pinjaman pendidikan MARA sebagai sokongan pembiayaan untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian.

Secara keseluruhannya, sesi taklimat ini diharapkan dapat membantu para pelajar membuat perancangan yang lebih jelas dan tersusun untuk masa hadapan, di samping meningkatkan motivasi serta keyakinan mereka dalam menentukan langkah seterusnya selepas tamat pengajian diploma.

"ADTEC JTM Kampus Jerantut - Peneraju kemahiran TVET di Pahang"

#caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers

Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"

Recommended Post

Image
Kemaskini Terakhir: Khamis 07 Mei 2026.

© 2026 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ