PENGENALAN

Jabatan Tenaga Manusia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat) berperanan sebagai jabatan yang bertanggungjawab bagi melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan dan permintaan tenaga kerja separuh mahir dan mahir bagi sektor perindustrian negara. Mukim Pulau Tawar Daerah Jerantut telah dipilih sebagai lokasi bagi pembinaan sebuah institut kemahiran yang bakal menyemarakkan kerancakan ekonomi negeri Pahang.

ADTEC Jerantut dibina pada tahun 2007 di atas tapak seluas 60 ekar (24.4 hektar) di Mukim Pulau Tawar, daerah Jerantut Pahang. Institut ini mula beroperasi pada 19 Disember 2011. Ia terletak di Kg. Sri Muda iaitu 10km dari pusat bandar Jerantut.

Di ADTEC Jerantut, kursus kemahiran TVET yang dijalankan adalah di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Diploma Teknologi Perindustrian (JTM). Terdapat 5 bidang utama yang dijalankan di institut ini iaitu Teknologi Kimpalan, Teknologi Pembuatan (Pemesinan), Teknologi Rekabentuk Produk Industri (IPD), Teknologi Polimer (Plastik) dan Teknologi Non-Destructive Testing (NDT). Kemahiran dan teknologi baharu yang sedang dibangunkan makmal latihannya adalah Teknologi Dandang (Boiler).

Institut ini menjadi lambang kebanggaan warga kerja, pelajar dan masyarakat sekitarnya dalam meningkatkan kesedaran pentingnya ilmu kemahiran berasaskan TVET. Dengan kekuatan kakitangan seramai 80 orang, ADTEC Jerantut mampu melatih sehingga 600 orang bakal tenaga mahir negara pada satu-satu masa melalui penawaran 5 kursus sepenuh masa dan lebih 1000 orang peserta kursus separuh masa (KJP) sepanjang tahun bagi memenuhi sektor perindustrian negara selaras dengan hasrat negara mencapai status Negara Maju.

Image
Kemaskini Terakhir: Selasa 23 April 2024.

© 2024 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ