MAJLIS PELANCARAN EKSA 2.0 PERINGKAT ADTEC JERANTUT

MAJLIS PELANCARAN EKSA 2.0 PERINGKAT ADTEC JERANTUT

29 Jan 2021 - MAJLIS PELANCARAN EKSA 2.0 PERINGKAT ADTEC JERANTUT
Satu Majlis Pelancaran Perlaksanaan EKSA 2.0 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pemandu EKSA ADTEC Jerantut telah diadakan di Dewan Besar ADTEC Jerantut. Pelancaran ini merupakan simbolik ke arah Persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dipacu oleh Tuan Pengarah.
Majlis yang dihadiri oleh semua kakitangan & pelajar ADTEC Jerantut dimulakan dengan Taklimat Kesedaran EKSA yang disampaikan oleh En. Mohd Shah bin Alwee, Ketua JK Latihan EKSA. Taklimat diakhiri dengan kuiz EKSA melalui platfom pembelajaran berasaskan permainan iaitu Kahoot yang disertai oleh semua pelajar termasuk kakitangan. Tiga orang pemenang yang mendapat markah tertinggi, telah menerima hadiah dan sijil penghargaan.
Seterusnya penyempurnaan gimik pelancaran Perlaksanaan EKSA 2.0 oleh Tuan Ts Kamaruzaman b. Hj Md Ali, Pengarah ADTEC Jerantut. Countdown Kearah Persijilan EKSA turut dimulakan sebagai tanda komitmen oleh semua kakitangan dan pelajar kepada pelaksanaan EKSA di institut ini. Semoga pelancaran EKSA ini dapat meningkatkan kesedaran semua warga ADTEC Jerantut untuk membudayakan EKSA dalam tugasan harian yang merupakan penjenamaan semula sistem pengurusan persekitaran berkualiti QE/5S yang menjadi teras utama kepada pelaksanaan EKSA ini.
Tahniah semua warga kerja dan pelajar yang sama-sama komited!

Date

30 November 2023

Tags

Program Eksa
Image
Kemaskini Terakhir: Selasa 7 Mei 2024.

© 2024 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ