TEKNOLOGI DANDANG

PENGENALAN KURSUS

Kursus Pemantapan Drebar Enjin Stim (Boilerman) ini merupakan program kerjasama antara ADTEC Jerantut dan Universal Competency Academy (UCA). Kursus ini amat sesuai untuk pekerja-pekerja industri yang terlibat dengan pengendalian, pengoperasian dan penyenggaraan dandang stim dimana kandungan kursus ini direkabentuk khusus untuk menyediakan pekerja industri yang berkaitan untuk menduduki peperiksaan Drebar Enjin Stim Gred 1 atau Gred 2 oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Tenaga pengajar yang berpengalaman serta modul pembelajaran yang komprehensif telah banyak membantu para peserta lulus perperiksaan Drebar Enjin Stim Gred 1 atau Gred 2 dan berjaya ditauliahkan sebagai Orang Yang Kompeten (OYK) oleh JKKP.

Selain itu, kursus ini juga diadakan untuk peserta yang terdiri dari lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana peserta pemula (beginner) yang tiada mempunyai pengetahuan asas mengenai pengoperasian dandang. Melalui kursus ini, peserta akan diberi penerangan secara terperinci tentang undang-undang persekutuan dan lain-lain Akta atau peraturan berkaitan dandang, pengendalian dandang dengan selamat, pengetahuan mengenai sistem utama dandang termasuk sistem tambahan seperti automasi kawalan, furnace, bahan api dan air dan sistem bahan lain, termasuk penapis dan peranti pembuatan asap dan cerobong.

MODUL

Modul yang akan dipelajari adalah seperti berikut :-

1- FMA 139 / OSHA 514 Act.

2- 13 Essential Fitting

3- Boiler type – Water / Fire tube

4- Startup Boiler

5- Boiler Operation

6- Boiler Shutdown – Normal / Emergency

7- Water Treatment

8- Hands-On

KEMUDAHAN BENGKEL

1- Bilik Kuliah

2- Alatan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi

TEMPOH

1. Tahap advanced - Empat (4) hari

2. Tahap beginner - 2 minggu (14 Hari)

SYARAT KEMASUKAN

1- Warganegara Malaysia 21 tahun dan keatas

2- Berpengalaman dalam bidang Boiler dan water treatment

3- Berminat untuk menjadi Boilerman Kompeten

4- Tidak perlu kelayakan Akademik

5- Berhasrat untuk “Upskilling & Reskilling”

Image
Kemaskini Terakhir: Selasa 23 April 2024.

© 2024 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ