PENYELENGGARAAN KENDIRI KOMPONEN EKSA 2.0 MAC 2021

PENYELENGGARAAN KENDIRI KOMPONEN EKSA 2.0 MAC 2021

Zon Al-Khawarizmi sedang giat menjalankan gotong-royong dibantu para pelajar untuk menceriakan suasana di persekitaran ADTEC Jerantut sekaligus menjalankan penyelenggaraan kendiri di sudut atau ruangan yang memerlukan usaha selenggara.
Pelajar-pelajar juga telah berganding bahu menceriakan kafetaria dengan lontaran idea kemahiran seni melukis, mewarna dan membersihkan kawasan-kawasan sekitarnya. Kakitangan dan kontraktor kebersihan juga saling membantu dalam urusan penjagaan kebersihan, lanskap dan persekitaran.
EKSA 2.0 ini dilihat dapat memupuk semangat bekerjasama di kalangan warga AJ yang bersedia menabur bakti, tenaga, masa dan wang ringgit dalam mendokong falsafah EKSA. Terima kasih semua!
Jom LIKE >>> page ADTEC Jerantut
"Jom Masuk ADTEC Jerantut"
"Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"

Date

30 November 2023

Tags

Program Eksa
Image
Kemaskini Terakhir: Selasa 7 Mei 2024.

© 2024 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ