NON-DESTRUCTIVE TECHNOLOGY

NON-DESTRUCTIVE TECHNOLOGY

NDT adalah singkatan daripada Non-Destructive Testing atau Ujian Tanpa Musnah. Ianya adalah merupakan satu teknik dan analisa yang digunakan didalam industri dan sains untuk pengujian ciri-ciri sesuatu bahan, komponen atau sistem tanpa merosakkan atau memusnahkan bahan tersebut.
Aplikasi NDT digunakan secara meluas di dalam sektor industri minyak dan gas, pembuatan, perkapalan, aeroangkasa, landasan keretapi dan loji kuasa.

ADTEC Jerantut merupakan pusat bertauliah terbaru di bawah JPK mempunyai kod pusat bertauliah , NDT007 menawarkan program NDT Direct Access (DA) Level 2 bagi teknik :

- Pengujian Partikel Magnetik (MT) - Binaan Berkimpalan (Plat & Paip) Minyak & Gas
Kod NOSS : MC-114-2:2014

- Pengujian Penembusan (PT) - Binaan Berkimpalan (Plat & Paip) Minyak & Gas
Kod NOSS : MC-112-2:2014

- Pemeriksaan Ultrasonik (UT) - Binaan Berkimpalan (Plat & Paip) Minyak & Gas
Kod NOSS : MC-113-2:2015

Tempoh Program Sijil Profesional NDT sepenuh masa adalah 2 bulan di latihan di ADTEC Jerantut dan 4 bulan latihan industri di syarikat-syarikat NDT sebagai syarat untuk mendapatkan persijilan penuh berdasarkan ISO 9712

Selain itu, peserta untuk program program sepenuh masa Sijil Profesional NDT ini turut dilengkapi dengan sijil kompetensi NIOSH seperti berikut:
1. Oil and Gas Safety Passport (OGSP)
2. Authorised Entrant and Standby Person for Confined Space (AESP)

Date

10 November 2023

Tags

TEKNOLOGI
Image
Kemaskini Terakhir: Selasa 7 Mei 2024.

© 2024 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ